Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib hampir melanggar had hutang negara- Anwar

KUALA LUMPUR: Kadar Hutang negara di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak  kini hampir melepasi had yang ditetapkan undang-undang, tegas Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara peruntukan tersebut, katanya adalah Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa.
Menurut Anwar, laporan terkini Bank Negara Malaysia yang bertarikh 14 Oktober 2011 menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta bagi tempoh berakhir Jun 2011.
“Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM 421 ribu juta hutang tempatan dan RM 16 ribu juta hutang luar negara.
“Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara, sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, berdasarkan fakta ini, jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM 46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.
“Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, kata Anwar, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal.
“Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi. Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan,” kata Anwar

0 Komen pengunjong :