Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sementara Datuk Seri Najib Razak mengulangi mahu meletakkan calon-calon boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13 mewakili Barisan Nasional (BN), penganalisis dan pemerhati politik melihat aspek atau pendekatan itu tidak semestinya akan membawa kemenangan kepada perikatan tersebut.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria sebegini menjadi pilihan rakyat mahupun parti kerana rakyat mahukan calon terbaik yang dapat mewakili kepentingan dan memberi khidmat terbaik serta memahami masalah rakyat.
“Bukan semua calon boleh menang akan pasti menang. Kekuatan sokongan atas parti lawan masih lagi satu faktor penting. Calon yang akan dipilih adalah calon yang pengundi tidak akan berkata tidak untuk mengundi mereka dan mereka rasa rugi kalau calon itu kalah dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, berkemungkinan wujud unsur sabotaj jika calon boleh menang itu tidak disenangi ahli parti yang tidak terpilih menjadi calon pilihan raya.
“Berkemungkinan wujud unsur sabotaj jika calon yang tidak terpilih itu terlalu berharap dan bercita-cita besar serta tiada didikan politik yang baik untuk utamakan perjuangan parti daripada kepentingan individu,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata kajian telah menunjukkan faktor calon bertanding akan menjadi pilihan utama jika dibandingkan dengan parti politik.
“Malah calon yang diutamakan adalah yang beragama, beramanah, bertanggung jawab dan mesra dengan rakyat. Namun begitu kajian terkini juga menunjukkan golongan pengundi muda lebih dicorakkan oleh kecenderungan politik pro-Barisan Nasional, pro-Pakatan Rakyat atau pengundi atas pagar,” katanya.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ini berkata, dengan dua senario itu, tugas memilih calon bertanding dan memperkemaskan parti politik supaya berada di hati pengundi sangat diperlukan. Calon terpilih mesti mendapat sokongan jawatankuasa pilihan raya parti setempat dan mengelak sabotaj sesama parti dan parti komponen.
“Jalinan kerjasama di antara calon bertanding dengan barisan kepimpinan parti dan parti komponen perlu jelas dan dirasai kewujudan dan manfaat mereka ke atas kawasan setempat,” katanya.
Dalam pada itu, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Farouk berkata, calon yang mewakili rakyat seharusnya mewakili suara majoriti.
“Pengundi mengandaikan wakil mereka seharusnya memiliki nilai murni. Oleh itu, kriteria yang diambil kira sebagai kriteria utama dalam pemilihan seseorang calon sudah semestinya baik,” katanya.
Beliau berkata, calon seharusnya mempunyai integriti kerana mereka membuat keputusan yang memberi kesan mendalam dalam kehidupan rakyat.
Azeem berkata, unsur sabotaj tidak dapat dielakkan kerana status sebagai wakil rakyat membawa beberapa keistimewaan.
Awal tahun ini, Najib berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai pengerusi BN untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti, bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.
Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya, katanya.
Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain.
Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Najib mengingatkan semua anggota parti komponen BN supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih.
Katanya, calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci.

0 Komen pengunjong :