Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mansor Othman: Penggantungan Aziz Bari kolot

Mansor Othman: Penggantungan Aziz Bari kolotTindakan surat tunjuk sebab terhadap Prof. Dr. Aziz Bari serorang ahli akademi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu tindakan yang bukan sahaja pelik tapi terkebelakang dari perspektif menyuburkan budaya pemikiran kritis di negara kita. Pada padangan saya, mana-mana pandangan ilmiah seharusnya diberikan jawapan secara ilmiah dengan diadakan perdebatan secara ilmiah. Tidak seharusnya pandangan ilmiah dijawab dengan kekuasaan politik. Justeru tidak harianlah mengapa indeks universiti terbaik di Malaysia jatuh merudum pada tahun ini sehingga gagal menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara  jiran seperti Singapura dan Thailand.
Adakah Malaysia sedang menuju ke arah politik seperti negara Afrika Timur yang membunuh kaum intelektual? Seperti yang kita maklumi, Uganda sebelum ini diperintah oleh Milton Obote. Namun selepas rampasan kuasa oleh Idi Amin, beliau menjadi diktator-brutal yang telah membisukan kaum intektual. Mereka yang tidak mahu dibisukan terpaksa nyah keluar dari negara Uganda. Adakah nasib yang sama akan menimpa Malaysia? Saya medoakan agar Malaysia tidak ke arah itu.
Tindakan terhadap Prof. Dr. Aziz Bari juga adalah tindakan yang tidak selari dengan seruan Perdana Menteri ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 10 yang telah menyebut: ”Salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti. Untuk itu, kita mahukan institusi pengajian tinggi awam mempunyai murabbi yakni tenaga pengajar dan penyelidik yang terbaik dan bermotivasi.” Justeru, saya berharap agar YAB Perdana Menteri dapat mengotakan janji beliau.
Dalam masa yang ssama saya melahirkan perasaan bimbang dengan perkembangan ini. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan ”the last bastion” yakni kubu terakhir tradisi keintelektualan. Sekiranya IPT terseret ke kancah politik dan dirampas otonomi dan kebebasan akademik dengan ditundukkan kepada politik kepartian, maka IPT akan kehilangan misi intelektualnya. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) harus mempertahankan dirinya sebagai ”Garden Of Knowledge and Virtue”
Akhir sekali saya mencadangkan agar saranan yang dikemukakan oleh Ali Mazrui, seorang sarjana di Universiti Binghamton diambil kira untuk memastikan kecemerlangan institusi pendidikan Malaysia. Beliau telah menulis dalam makalah bertajuk Towards Re-Africanizing African Universities: Who Killed Intellectualism in Post Colonial Era?
: “A university has to be politically distant from the state: second, a university has also to be culturally close to society; and the third, a university has to be intellectually linked to wider scholarly and scientific values in the world of learning”

0 Komen pengunjong :