Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keputusan pembatalan sapina Najib bukti skrip ulangan konspirasi fitnah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato' Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.
AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu "prejudge" pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.
Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas 'turun naik' kenyataan Dato' Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato' Sri Najib !
Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan. Dan sekiranya Dato' Sri Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama? Bagaimana pulakah dengan keterangan Datin Sri Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.
Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

0 Komen pengunjong :