Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kewarganegaraan segera gadai maruah negara- Saifuddin

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menghentikan pemberian kewarganegaraan segera kepada warga asing, tegas Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution.
Saifuddin berkata, tindakan kerajaan memberi kerakyatan segera kepada warganegara Bangladesh  jelas menunjukkan Umno-BN menggadaikan kedaulatan dan maruah negara.
“Jika rakyat Bangladesh datang ke Malaysia untuk bekerja dengan cara yang sah, tidak mengapa.
“Namun, yang kita tentang ialah pemberian kewarganegaraan dengan mudah, baru satu atau dua tahun berada di Malaysia, sudah jadi warga Malaysia dan boleh pula tentukan siapa yang perintah negara kita,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau mengulas pengakuan perdana menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed baru-baru ini yang mengakui rakyat negara itu diberi kerakyatan mudah oleh kerajaan Malaysia.
Kata Saifuddin, isu itu bukan sahaja memberi kesan kepada politik, malah mengundang petanda buruk kepada ekonomi dan sosial di negara ini.
“Keutamaan undi warga Bangladesh ini hanya kepada tuan yang memberi habuan kepada mereka termasuk jaminan bekerja di Malaysia atau menjadi warga Malaysia secara mudah melalui pemberian kad pengenalan,” ujar beliau.
Menurutnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan Umno terlibat secara langsung dalam isu itu.
Buktinya, kata Saifuddin, parti itu mengupah warganegara asing termasuk warga Bangladesh untuk hadir pada Demonstrasi membantah gabungan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Sehubungan itu, katanya, Pakatan Rakyat akan memansuhkan serta-merta amalan memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing jika diberi mandat sebagai kerajaan baru selepas PRU akan datang.

0 Komen pengunjong :