Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bukti dipalsukan dalam kes Fitnah ’98- Mat Zain Ibrahim


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim hari ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah ’98 dipalsukan.
Mat Zain membuat pendedahan menggemparkan itu dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan pendakwa raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya, Musa dan Gani Patail memalsukan bukti perbicaraan itu demi kepentingan mereka bersama.
Tidak lama selepas kes itu selesai dibicarakan, kedua-dua mereka dinaikkan pangkat dengan Musa dilantik sebagai Ketua Polis Negara dan Gani dilantik menjadi Peguam Negara, kata Mat Zain.
Musa bagaimanapun kini telah bersara dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan diganti Tan Sri Ismail Omar.
“Pemenjaraan Anwar adalah satu ketidakadilan kepada beliau akibat tindakan kedua-dua mereka (Musa dan Gani),” kata Maz Zain dalam suratnya itu.
Berhujah lanjut, Mat Zain berkata beliau mengetahui pemalsuan bukti itu berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes itu pada tahun 1998 dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di dalam autobiografinya, “A Doctor in The House Memoir”.
“Saya membangkitkan perkara ini berdasarkan dokumen bukti dan kenyataan yang saya miliki dan berada dalam pengetahuan saya,” katanya.
Mat Zain mendakwa beliau berani membuat pendedahan itu kerana terlibat secara langsung dalam kes Fitnah ’98.
“Saya bertemu dan berinteraksi dengan watak-watak utama dalam perkara ini, termasuk Mahathirlah, Gani, Musa dan Anwar, selain pesuruhjaya dalam Suruhanjaya
Diraja Siasatan dalam insiden mata lebam” kata beliau dalam surat terbukanya.
Dalam surat sama, Mat Zain mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam berlangsung.
“Musa masih perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang diceritakan kepada Mahathir sehingga bekas Perdana Menteri itu percaya bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan seks luar tabie dan seks luar nikah.
“Beliau mengumpul bukti DNA dan ‘mencuri’ sampel darah (untuk melengkapkan siasatannya),” kata Mat Zain.
Beliau seterusnya mendakwa Najib pernah didatangi dua orang tertentu yang mahu Musa dan Gani Patail didakwa kerana perbuatan.
Namun, menurutnya, Najib memutuskan untuk tidak mendakwa mereka di atas sebab-sebab yang hanya diketahui Najib.
“Mungkin beliau menunggu masa yang sesuai,” kata Mat Zain.

0 Komen pengunjong :