Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Proses pemutihan PATI, borang sumpah sokong Umno/BN


PETALING JAYA:  Pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.
Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.
Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI  menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.
Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”
“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

0 Komen pengunjong :