Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari.
Dua Ahli Parlimen yang turut ditahan ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR.
Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.
Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. 
Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni.

0 Komen pengunjong :