Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Himpunan Bersih 2.0 sudah bermula di Melbourne

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.  Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta  yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.
Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.
Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.
Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

0 Komen pengunjong :