Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Cincin Rosmah RM24.4 juta, SAMM buat laporan SPRM

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/03/chegubard_thumb3.jpg
PULAU PINANG : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menyiasat pembelian sebentuk cincin berharga RM24.4 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Laporan itu dibuat oleh pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin pada pukul 11.45 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang.
Menurut Badrul, pihaknya mendesak SPRM secara serius menjalankan siasatan terhadap punca dan sumber wang yang digunakan Rosmah bagi membeli cincin berkenaan.
Badrul sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York, tanpa dikenakan cukai.
“Kita juga ingin mendapatkan penjelasan dan penyiasatan serius serta pantas kerana kami mendapat sumber bahawa arahan telah diberikan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar maklumat pangkalan data dan bukti dipadam,” kata Badrul atau Chegu bard.
Menurut Badrul, bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
“SAMM juga telah membuat kajian padanan barangan syarikat Jacob & Co terhadap perhiasan rosmah dan ternyata kebanyakan perhiasannya adalah dari syarikat
tersebut,” kata Badrul.
Menurut beliau, gambar bukti pemadanan tersebut akan dimasukkan ke laman internet secepat mungkin.
Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan
Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.
Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi
tujuan itu dari 2008 hingga 2011.

0 Komen pengunjong :