Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bukan bom tetapi beg berisi babi, biawak dan itik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_TAV7G3gIunL3r95xA0-i8lhXcmlbfJGcuA6BZYmfOLfkY4PzaTxUXlaFBYphfs5jlNnjLxrRQVFeOv4RUU4AQ_YqhQcNvdOoY9Cj57-uN_LpU3GF_dCFnRTJIc1iZtaoC0v4BJD2AsMT/s1600/KOMTAR.jpg
GEORGETOWN 13 JULAI : Panggilan telefon yang mendakwa ada bom di Komtar, Georgetown, petang semalam, hingga memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya kepada Bernama.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan kejadian itu, polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke tempat kejadian.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang giat dilakukan termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup atau CCTV.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

0 Komen pengunjong :