Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYh-RQ0NV2WceyZQnsLpS_G3qNj2NL1tIe5D_G_QbiowNMv3faEXea0h1vHKGKEChKaL0kvxG__SWcX1rA8A9oLSvgGyXGNvdssn_2nNq1jNwy3UL-JvKkuTUWDadZGH6F616AYZEk2aaf/s320/azmin+ali.jpg
KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan satu malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata Azmin sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, semalam.
Azmin mempersoal tindakan kementerian tersebut memohon RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Azmin menggesa kerajaan Umno mendedahkan kontrak pembelian kapal selam berkenaan kerana sejumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.
Beliau juga percaya pendedahan butiran kewangan tidak mengancam keselamatan negara kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan menjelaskan kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia memberikan kerjasama kepada siasatan antarabangsa dalam skandal rasuah pembelian kapal selam berkenaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang sempat mencelah, menyebut peningkatan kos penyelenggaraan lapan kali ganda berbanding 2002.
“Perlu ada rasional kenapa perbezaannya begitu besar,” kata Nurul Izzah.
Pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia mencuri perhatian antarabangsa apabila seorang warga Mongolia, Altantuya Shaaribu yang menjadi orang tengah dalam urusniaga itu ditemui dibunuh di Malaysia.
Beliau dikatakan menuntut komisennya daripada Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam urusniaga itu melalui Syarikat Perimekar.
Altantuya disahkan dibunuh dua pegawai polis yang kini menanti hukuman gantung dan merupakan pengawal peribadi Najib sewaktu kejadian itu berlaku.
Razak bagaimanapun dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya.
Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene itu kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

0 Komen pengunjong :