Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Niat Datuk T hanya untuk hancurkan Anwar- Johari Abdul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiistBGW_WvJR86q_Z3wvMBYfwudGeTSmdTMpgwqGlXBSMvIvFHbE84GRQC0EhMOSqxbe-gl5oSbi-5sZcH_lwJBNAu-0P7sLALsReZS_r1tJiVDd5DrmtYmw-3DcjdbZOay8PqoznLJcA/s320/johari1.jpg
KUALA LUMPUR: Niat sebenar Trio Datuk T yang menayangkan video seks dengan mendakwa pelakunya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bertujuan untuk menjatuhkan karier politik ketua pembangkang itu.
Ia dibuktikan apabila  trio itu-  Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan  Datuk Shuaib Lazim, mengaku bersalah di Mahkamah Jalan Duta kerana menayangkan video berkenaan, Mac lalu.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian ketika mengulas pengakuan bersalah ketiga individu itu yang menurutnya, mungkin tidak akan didakwa lagi selepas ini.
“Memandangkan mereka (Datuk trio) sudah mengaku bersalah, mungkin tidak akan ada perbicaraan bagi kes tersebut.
“Ini juga membuktikan mereka dalang yang bukan sahaja mengedarkan video itu, tetapi memfitnah dengan niat untuk menghancurkan karier politik Anwar,” kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Johari merupakan satu-satunya ahli parlimen KEADILAN yang dibawa menonton video itu oleh trio berkenaan, selepas menayangkan nya kepada  wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.
Bagaimanapun, Johari menafikan sekerasnya lelaki dalam video seks itu adalah Anwar, berdasarkan bentuk tubuh dan gaya pelaku itu.
Menurut Johari,  perbuatan ‘Datuk T’  bukan sahaja mencemarkan imej Islam, tetapi juga contoh buruk kepada generasi muda.
“Bentuk pemikiran yang dibawa oleh mereka bertiga tidak memberikan contoh kebaikan kepada pemimpin muda akan datang kerana hanya menggalakkan politik kotor.
“Kita amat kesal tiga orang Islam ini, tanpa rasa bersalah melakukan perkara terkutuk  yang sama sekali ditegah dalam Islam,” kata beliau.

0 Komen pengunjong :