Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes Sarbaini: Tubuh suruhanjaya diraja bukannya inkues


KUALA LUMPUR, 3 Jun — Putrajaya seharusnya mengambil teladan daripada pengalaman lalu dengan terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung insiden kematian pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed berbanding inkues disyorkan polis, kata pemimpin DAP hari ini.
“Pihak berkuasa perlu belajar daripada hasil yang tidak memuaskan dalam inkues Teoh Beng Hock dan terus adakan suruhanjaya diraja siasatan,” kata Lim Kit Siang.
Lim berkata, sesuatu yang amat tidak memuaskan apabila polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil masa dua bulan untuk membuat syor agar diadakan satu inkues berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.
“Jelas, syor inkues dibantah keras oleh SPRM, yang dari awal tidak mahu ambil tanggungjawab dalam kematian Sarbaini, seperti dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya.
Lim berkata, sebagaimana digambarkan dalam prosiding suruhanjaya diraja berhubung kematian Teoh, satu suruhanjaya untuk menyiasat kes Ahmad Sarbaini bukan penyelesaian terbaik atau memuaskan tetapi lebih baik berbanding inkues.
“Kabinet dalam mesyuarat Rabu (depan) harus mengambil keputusan tegas untuk mengadakan suruhanjaya siasatan diraja berhubung kematian Sarbaini,” katanya lagi.
Berdasarkan pengumuman semalam, polis dan Peguam Negara bersetuju untuk mengadakan inkues berhubung kematian Ahmad Sarbaini.
Awal tahun ini, Kabinet memutuskan untuk mengadakan suruhanjaya diraja selepas inkues membuat keputusan terbuka berhubung kematian Teoh.
Prosiding suruhanjaya itu selesai baru-baru ini.

0 Komen pengunjong :