Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy dicabar desak pemimpin Umno hentikan video fitnah


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Pemuda Umno, mendesak pucuk pimpinan dan ahli parti itu mengambil tindakan tegas terhadap dalang dan penyebar video lucah.
Menurutnya, jika Khairy benar-benar tegas menolak politik kotor itu, beliau juga perlu menggesa supaya pemimpin dan ahli Umno menghentikan pengedaran video tersebut yang semakin berleluasa.
“Khairy selaku Ketua Pemuda Umno patutnya menggesa ahli-ahli dan pemimpin Umno menghentikan budaya fitnah selain mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat dalam video lucah,” kata Shamsul ketika dihubungi ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy dalam forum ‘Fitnah, ancaman Umat Akhir Zaman’ anjuran akhbar Sinar Harian baru-baru ini.
Dalam forum itu,Khairy menyatakan beliau menolak fitnah, termasuk dalam isu video fitnah  yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khairy yang berkongsi pentas dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam wacana tersebut turut mendesak supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Mengulas lanjut, Shamsul menyarankan Khairy membuat saranan secara terbuka kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, sekiranya beliau ikhlas menolak budaya politik fitnah.
Ia juga, katanya, supaya desakan yang dikemukakan Khairy itu tidak dianggap sebagai pandangan peribadi semata-mata.
“Khairy perlu buat pesanan terbuka bagi menggambarkan penegasan beliau dalam menolak budaya politik fitnah. Sekiranya beliau hanya bercakap di wacana sahaja, itu tidak menggambarkan penegasan Umno, tetapi mungkin dirinya sahaja.
“Saya tidak lihat itu pandangan Umno dalam menghadapi politik masa ini. Selagi tidak mengambil tindakan yang tegas dan keras, Khairy sebenarnya bercakap kosong yang bersifatkan politik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan kenyataan Khairy yang berkata hukuman qazaf tidak perlu kerana cukup dengan hukuman takzir yang tidak memerlukan  empat orang saksi.
“Khairy lupa bahawa Qazaf ada dalam peruntukkan jenayah syariah,” kata Shamsul

0 Komen pengunjong :