Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat

SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang  mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.

"Kita tahu di negara  barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.
"Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau.  
Pagi tadi  Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk  mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakya.
Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.

“Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

“Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin  ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang.  

 Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.
Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.
Dr Dzulkifli berkata keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.    

"Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan."
"Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua," tambah Dr Dzulkifli 
Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik “rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing.”
Ini bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk luar bandar. Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.

“Perisytiharaan” itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak.

Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib  Razak sendiri  mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.

0 Komen pengunjong :