Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar :"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"


anwar speech at mpaj 050511 05

SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

“Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat  ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita,” kata Anwar.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

Bulan lalu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut berada dalam keadaan membahayakan apabila kereta yang dinaikinya terbabas dalam perjalanan pulang dari memberi ceramah di Chemor Perak.

Pemeriksaan oleh mekanik mendapati sistem brek kereta Mercedez Benz itu dipercayai  disabotaj oleh pihak tertentu.

Anwar menambah, pihak mekanik juga telah mengeluarkan surat hitam putih mengesahkan bahawa kereta yang dinaiki Azizah disabotaj.

“Memang benar, selain kepada saya, Azizah juga terlibat dengan satu kemalangan. Mekanik mengesahkan, hitam putih bahawa itu adalah satu sabotaj. Itulah sebab kita membuat laporan polis,” katanya.

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said membuat laporan polis itu.

Beliau yang menjadi pemandu keluarga Anwar  selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.

1 comment :

  1. Yeaaah RIGHT Putrajaya 16 Sept.2008 ingat lagi HAMpas dan habok saja ada tarak apa pon MELAYU MUDAH LOPA.

    ReplyDelete