Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Seks : Nik Aziz Ragui Si Pelaku Adalah Anwar


KOTA BHARU 6 April : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video salah laku seks yang menjadi isu hangat sekarang.
Nik Aziz berkata beliau difahamkan daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang menontonnya, video itu tidak memaparkan dengan jelas wajah lelaki dalam video yang dikatakan Anwar itu.
“Kenapa muka tak nampak jelas? Tidak ada fokus ke muka lelaki ini, ini kerja menipu dan Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu,” katanya di Kota Baru semalam.
“Video itu sengaja nak dedah aurat orang lain ke seluruh dunia, langsung tidak bermoral,” kata Menteri Besar Kelantan itu dipetik Sinar Harian Edisi Pantai Timur hari ini.
21 Mac lalu Trio 'Datuk T' mempertontonkan video sepanjang kira-kira 20 minit memaparkan seorang lelaki mirip Anwar kepada beberapa wartawan.
Kelmarin, video yang dibawah siasatan Polis DiRaja Malaysia dibocorkan laman 'youtube' dan disensasikan blog pro Barisan Nasional dan media massa aliran utama negara.
Nik Aziz berkata rakyat negara ini diminta mengelak daripada media yang menyiarkan atau menayangkan gambar atau video yang mendedahkan keaiban.
Menurutnya, Islam mengajar supaya mengelak daripada gangguan syaitan ketika memasuki tandas atau ketika bersetubuh suami isteri.
“Begitu sekali Islam menjaga kita dengan meminta kita sendiri memohon Allah melindungi kita dari syaitan termasuk ketika kita mendedahkan aurat,” katanya.
“Tiba-tiba video yang mendedahkan aurat ini disebarkan ke seluruh dunia,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :