Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno konon perjuangkan Melayu, tapi sisih kematian Ahmad Sarbani


SHAH ALAM: KEADILAN memandang serius  sikap lepas tangan kerajaan pimpinan Umno menyelesaikan kes kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani yang meninggal dunia ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhami Shafiei berkata, perkara itu menunjukkan sikap hipokrit Umno yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu- Islam, tetapi menyisihkan kematian Ahmad Sarbani.
“Dalam nada yang sama, rakyat sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja memperjuangkan kes pembunuhan Beng Hock yang berketurunan Cina, namun turut memperjuangkan  pembunuhan Ahmad Sarbani yang berketurunan Melayu.
“UMNO / BN hanya penipu berskala global apabila kononya memperjuangkan nasib Islam dan Melayu dan tindakan menyisihkan kematian saudara Ahmad Sarbani memperkukuhkan dakwaan itu,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, beliau tegas menyatakan pendirian bahawa badan-badan yang mempunyai kuasa soal selidik, kuasa penyiasatan dan pendakwaan SPRM dan polis perlu dikawal dengan batasan undang-undang.
“Perlaksanaan undang-undang gila tanpa kawalan dan tanpa nilai kemanusiaan bukan sahaja tidak akan mendapat sokongan rakyat malah akan disalahguna sepertimana yang dilakukan skuad polis rahsia Gestapo Nazi yang akhirnya menyaksikan rakyat dibelasah, diculik dan akhirnya dibunuh.
“Rakyat sedang melihat permainan pimpinan kerajaan Umno dalam isu kematian terbaru ini,” ujarnya yang juga Adun Sri Muda.
Shuhaimi dalam kenyataannya turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan lebih proaktif menyiasat isu video fitnah daripada isu melibatkan kepentingan awam.
“Berbeza dengan sikap proaktif kerajaan Umno menyiasat isu video fitnah sehingga ke tahap sanggup mencadangkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) tetapi lembap  menyiasat kematian Ahmad Sarbani.
“Tindakan kerajaan telah menyedarkan rakyat Melayu dan di Selangor khususnya bahawa Umno lebih berminat kepada menyiasat adegan lucah daripada isu yang melibatkan kepentingan awam.
“Sikap menteri seperti Nazri Aziz yang diam seribu bahasa apabila diajukan persoalan mengapa pula tiada RCI didalam kes ini dan juga kes-kes seperti  Altantuya Sharibu dan kes khalwat di Port Dickson yang melibatkan pimpinan tertinggi negara akan memperkukuhkan lagi tanggapan rakyat bahawa Umno hanya berminat terhadap isu yang melanjutkan jangka hayatnya,” katanya.

0 Komen pengunjong :