Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda PAS: Sarawak di persimpangan dengan saingan sengit BN, Pakatan


KUALA LUMPUR, 11 April — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi menyifatkan Sarawak kini berada di persimpangan dengan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah di negeri itu lebih empat dekad dan Pakatan Rakyat yang membawa agenda perubahan untuk rakyat bumi Kenyalang itu.
Sehubungan itu kata Nasrudin, rakyat Sarawak kini perlu membuat pilihan bijak dalam pilihan raya negeri itu pada Sabtu ini dengan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan BN di negeri itu.
“Sarawak kini dipersimpangan... ke kanan adalah jalan yang lurus dan benar, menuju perubahan yang total melibatkan dasar dan sistem. Bukan sahaja berkait dasar dan sistem pentadbiran atau pemerintahan, tetapi jauh lebih penting ialah dasar dan sistem kehidupan sebagai hamba Allah, Tuhan yang Maha Mencipta segala makhluk-Nya.
“Sementara ke kiri adalah jalan buntu dan keliru, menjerumuskan rakyat ke lembah yang serba mundur . . . bukan sahaja mundur dari sudut taraf hidup dan sosiobudaya tetapi juga mundur perkembangan spiritual dan minda.
“Situasi ini dinilai setelah lebih 40 tahun rakyat memberi mandat kepada BN di Sarawak, kini masa untuk berubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, walaupun agak sukar untuk mencapai kemenangan, namun segalanya sudah berubah di mana kini rakyat Sarawak sudah mula menerima dan memberi kepercayaan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
“Sepuluh atau lima belas tahun lalu, mereka sinis dengan lambang PAS, ada yang kata PAS adalah parti ping pong dengan menganggap lambang bulan purnama itu adalah bola ping pong . . . malah ada yang mengatakan PAS adalah parti Jepang Hijau sehingga mereka benci untuk menjulangnya.
“Tidak kurang juga pemimpin kita dikejar dengan parang, diherdik dan dimaki hamun. Jika lambang PAS pun mereka keliru, bagaimana mereka mahu memahami prinsip dan dasar perjuangan PAS. Begitulah realiti sebuah pengalaman yang dilalui oleh PAS di Sarawak,” kata beliau.
Namun keadaan kini semakin baik dan memberangsangkan, kata ketua Pemuda PAS ini.
Menurut Nasrudin, berdasarkan perkembangan dan perubahan yang berlaku di Sarawak tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya negeri itu.
“Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif, malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak,” katanya.
Tambah beliau, bagi memastikan kemenangan di Sarawak PAS dengan kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat perlu berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan agenda perubahan yang ingin dibawa tercapai.
“Kekuatan PAS terletak kepada sejauh mana anggota dan penyokongnya memahami dasar perjuangannya iaitu Islam, tanpa memahami Islam, agak sukar untuk mereka menyertai dan mendokong perjuangan PAS.
“Justeru, agar PAS tidak hanya disertai oleh simpatisan, maka pemimpin dan ahli PAS selayaknya bekerja keras untuk menyampaikan risalah Islam dan memahamkan masyarakat kenapa mereka wajar menerima perjuangan Islam,” katanya.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu

0 Komen pengunjong :