Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SUARAM Kecam Tindakan Polis Halang Ceramah Pakatan Rakyat


SHAH ALAM 4 APRIL: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendesak kerajaan supaya menggubal Akta Polis khususnya di bawah Seksyen (27) kerana dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata, SUARAM mendapati akta yang memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengeluarkan permit perhimpunan awam sering disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab mutakhir ini.
Justeru tindakan menghalang kepimpinan Pakatan Rakyat daripada menganjurkan sebarang aktiviti penerangan umum menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April nanti dianggap bermotifkan politik bagi menyekat penyaluran maklumat kepada rakyat di negeri itu.
Menurut Yap Heng Lung, beliau turut mendakwa polis secara jelas mengabaikan aspek piawaian hak asasi manusia selain mencabuli enekmen yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Artikel 10 berhubung kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Katanya, berdasarkan laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 pihaknya mendapati berlaku ketidakcekapan polis dalam menguruskan hal ehwal berkenaan permit perhimpunan awam.
Jelasnya, ini dikaitkan dengan beberapa insiden serbuan polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) di beberapa lokasi ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga mencetuskan pertempuran kecil dengan pengunjung yang hadir.
Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen  ‘Tolak Fitnah’ anjuran Pakatan Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja,  sebelum mematikan pembesar suara dan memaksa Ketua Umum itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.
Selasa lalu, sepasukan polis  ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.
Terbaru, polis mengganggu ceramah Anwar kali ketiga berturut-turut di Sri Aman, Kuching dan Satok serta di Betong yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Majlis makan malam dan ceramah itu diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman.
Tambah Yap Heng Lung, Suaram turut mendesak polis menghentikan segala gangguan terhadap Pakatan Rakyat termasuk Anwar berasaskan peruntukan perlembagaan terutamanya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan politik dan kemasyarakatan.
“Kami yakin bahawa sekatan-sekatan ke atas PR yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) itu bermotifkan politik. Ia adalah usaha menghalang PR dari mendedahkan keburukan Barisan Nasional (BN),” katanya.

0 Komen pengunjong :