Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN kutuk penahanan OKU guna ISA


KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara terhadap  Orang Kelainan Upaya (OKU), Kadir Hashim lantaran ia membelakangkan hak asasi manusia.
Mengulas penahanan Kadir yang juga ahli KEADILAN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata, ia bermotif politik dan memberi gambaran Barisan Nasional (BN) angkuh.
“Penahanan ini sebenarnya bermotif politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang semakin hampir.
“KEADILAN sedar ketenteraman awam itu penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu zalim dan di luar kemanusiaan,” katanya.
Jumaat lalu, sepasukan 20 anggota polis Bukit Aman mengepung rumah Kadir sebelum menahan lelaki berusia 42 tahun itu yang kudung sebelah tangan atas dakwaan terlibat dalam gerakan subversif.
Pada kenyataan media, Wan Azizah berkata, KEADILAN mahu ISA dimansuh dan membicarakan semua tahanan akta zalim ini, mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“Kita difahamkan Kadir dikaitkan dengan militan di Kemboja. Jika benar dakwaan itu, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicara dan dibenarkan membela diri.
“Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya akta polis dan kanun keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat komited menghapuskan ISA dan terbukti melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Jumaat lalu yang meluluskan usul memansuhkan akta itu

0 Komen pengunjong :