Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hujah kes liwat Anwar 25 April, ditangguh seminggu


KUALA LUMPUR, 13 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 April sebagai tarikh baru bagi pendakwa dan pembela mengemukakan hujah penggulungan masing-masing dalam kes liwat melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhir bulan lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh penghulungan selepas pasukan pendakwaan menutup kes mereka.
Timbalan Pendaftar Pengurus Mahkamah Tinggi Halilah Suboh dalam surat kepada peguam Anwar berkata, permohonan penangguhan telah dibenarkan oleh Mohamad Zabidin.
"Tarikh 18 April adalah dilapangkan. Tarikh hujahan baru ditetapkan pada 25 April," kata Halilah dalam suratnya yang diedarkan kepada media hari ini.
Pasukan peguam Anwar membuat permohonan itu 5 April lalu.
Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari, bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

0 Komen pengunjong :