Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

NGO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Aset Kekayaan Taib



KUALA LUMPUR 13 APRIL: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan aset kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang 30 tahun beliau memonopoli negeri 'Bumi Kenyalang' itu.
Justeru gabungan itu mendesak supaya Taib melepaskan jawatan dengan segera menjelang pilihan raya negeri itu Sabtu ini.
Menurut sumber, Taib memiliki lebih daripada 100 syarikat di seluruh negara termasuk di Kanada, England, Australia, Hong Kong serta Amerika Syarikat dan Malaysia.
Turut disentuh mengenai aktivis-aktivis yang dihalang daripada memasuki Sarawak kerana dikhuatir aktiviti jenayah pembalakan Taib didedahkan sekali gus laporan wanita termasuk kanak-kanak perempuan serta kaum Penan yang dirogol pembalak-pembalak proksi beliau.
Sehubungan itu, gabungan itu juga turut mengutuk keras serangan pengodam-pengodam cyber Barisan Nasional yang cuba menghalang maklumat telus disalurkan kepada masyarakat di Sarawak menerusi  Malaysiakini dan Sarawak Reports serta Radio Free Sarawak.
Manakala Tv Selangor turut menerima tempias dari kesan serangan tersebut.

0 Komen pengunjong :