Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Eskay Ke Thailand Kumpul Bahan Jatuhkan Anwar, Kata Mahti


RAWANG 26 MAC : Ahli Perniagaan Shazryl Eskay dikatakan membuat perancangan untuk mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim, kata seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan beliau.
Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek Jambatan Bengkok.
 “Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac.  Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi)  Siam,  nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti.
Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.
Pada  21 Mac  lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwanya merakamkan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di  Kuala Lumpur.
Video 21 minit itu, menurut Eskay dirakam sebulan lalu.  Anwar menafikan beliau adalah orang berkenaan dan membuat laporan polis serta  mengemukakan bukti catatan twitter dan facebook beliau  untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik Umno.
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Shuib Lazim turut bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.  
Mahti  adalah bekas pengawal peribadi Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di antara tahun 1984 hingga 2000.
Beliau memperkenalkan Eskay kepada Allahyarham Megat Junid yang kemudian memperkenalkan beliau kepada  Tun Mahathir Mohamad  dan Anwar.
Mahti berkata beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh  Eskay awal Mac untuk menjadi saksi dalam kes samannya  terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.
Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu,  Mahti mahu membuat  surat perjanjian namun Eskay tidak bersetuju.
“Dia (Eskay) kata pada  saya, Abang Mat boleh tolong saya jadi saksi tak kes ini?  Saya tanya nak jadi saksi macam mana sebab saya bukan tahu kes ini macam mana. (Eskay berkata) Abang Mat cuma jadi saksi bahawa Abang Mat tau yang saya rapat dengan Tan Sri Megat Junid,” kata Mahti.
 “(Eskay kata) kalau kes ini menang saya bagi Abang Mat RM 500,000. , “ tambah beliau.
Mahti berkata beliau dibawa berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay pada 8  Mac.
Shuib kemudian meyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.
Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.
Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya  semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan  kes saman Eskay.
Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.
Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.
Eskay adalah seorang  daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.
Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.
Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

0 Komen pengunjong :