Bekas Pegawal Peribadi Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawarkan imbuhan sehingga RM500'000 daripada ahli parniagaan Datuk Syazryl Eskay Abdullah sekiranya beliau bersetuju untuk menjadi saksi bagi kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.
Sangsi dengan tawaran itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian dan meminta Eskay menandatangani surat tersebut.
Tindakan itu membuatkan Eskay berang dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Mahti berjaya mendapat jaminan Shuib bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan tersebut walau apa cara sekali pun, jika kes itu menang dengan pampasan RM40 juta.
Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.
Sementara itu, Mahti memberitahu, peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman jambatan bengkok itu menghubunginya selepas beliau mengadakan sidang media semalam.
Peguam itu meminta agar Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan ia akan mengganggu sebutan kes tersebut.
Semalam Mahti nekad membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.
Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM40 juta membabitkan ahli perniagaan itu.
Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.
Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim.
Mahti turut menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.
Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.
0 Komen pengunjong :