
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap hal itu sudah berlaku dan sesuatu perlu dilakukan bagi kepentingan mereka yang benar-benar memerlukan.
"Menyesal atau tidak, itu bukan jawapan. Jawapan apa yang perlu dilakukan generasi kita pada masa hadapan," katanya.
Dalam ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir mengakui kumpulan Melayu berkepentingan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.
Mahathir menyatakan beliau malu kerana sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu.
Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian.
Khalid yang membentangkan kertas 'Strategi Pembangunan Ekonomi Melayu/BumiPutera Pasca DEB dalam Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu Hari Ini menyatakan hari-hari DEB telah berlalu.
Khalid dengan tegas mahukan satu penyelesaian baru dibuat dengan konsensus bersama orang Melayu tanpa kepentingan politik bagi memastikan perkara yang betul dapat dilakukan demi kepentingan rakyat.
"Itu bukan penyelesaiannya. Penyelesaian terbalik ialah kita, orang Melayu berjumpa semula memahami tentang kejayaan kita dan buat agenda baru untuk masa depan orang Melayu yang tidak berpandu kepada keinginan politik tapi kejayaan masyarakat Melayu," katanya.
0 Komen pengunjong :