Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SUA PKR : DEB Gagal Berpunca Sikap Tamak Pimpinan Umno-BN



SHAH ALAM 13 FEB : Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengakui bahawa antara punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana sikap tamak pimpinan Umno-Barisan Nasional dan segelintir golongan elit di negara ini.  
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar lapuk DEB warisan mantan Perdana Menteri terdahulu sepatutnya sudah lama dikuburkan kerana tidak mencapai matlamat asalnya.
" Kegagalan itu lebih berpunca daripada satu sifat tamak pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional terutama golongan elit atasan. Tamak dalam memastikan agihan yang adil diturunkan ke bawah.
Keenganan Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno lain untuk merungkai Dasar Ekonomi Baru ini mengesahkan bahawa mereka adalah golongan utama yang membolot peluang daripada dasar ini.Polisi yang baik tetapi lemah dari sudut pelaksanaan, ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan, " katanya.   
Menurut Saifuddin, dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Agenda Ekonomi Malaysia jauh lebih tepat meramal keadaan masa hadapan. 
Malah antara yang digesa Anwar menjelang pilihan raya umum 2008 ialah, supaya DEB dirungkai semula kerana ia hanya akan menyebabkan kek ekonomi negara boleh dinikmati oleh segelintir elit dan sebahagian besar rakyat bawahan terus teraniaya.
" Ini terbukti proses Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lebih awal mengesan kegagalan Dasar Ekonomi Baru sedangkan Tun Dr Mahathir baru sahaja mengakuinya semalam.    
 " Bila Tun Dr Mahathir mengakui kegagalan Dasar Ekonomi Baru, beliau sebenarnya mengesahkan kebenaran dasar yang dimulakan oleh Parti Keadilan Rakyat apabila kita meminta supaya DEB itu dirungkai," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.       
Mahathir semalam mengakui bahawa DEB telah disalahgunakan oleh golongan Melayu atau secara tepatnya adalah kroni Umno-BN yang menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai. 
Walaupun mengakui kegagalannya namun Mahathir berkata, dasar itu harus dipertahankan kerana dengan membubarkannya, ia akan merugikan masyarakat Melayu. 
" Dasar ini sekiranya tidak memberikan kejayaan, ia boleh dirombak. Suatu dasar itu mestilah bersifat dinamik. Kalau sekiranya dasar itu gagal, tidak salah untuk kerajaan mengadakan satu dasar baru yang lebih baik," tegas Saifuddin sekaligus menyanggah kenyataan Mahathir.      
Tambah Saifuddin, keistimewaan seperti pemberian permit import (AP) hanya untuk kemudahan golongan tertentu dan bukannya untuk rakyat lapisan pertengahan atau bawah. 
Justeru melalui cara itu ia menunjukkan bahawa akan adanya jurang besar di antara golongan kaya dan miskin di negara ini yang sepatutnya disedari Mahathir sejak dahulu lagi. 
" Ini menunjukkan betapa terkebelakangnya pemikiran Tun Dr Mahathir. Anehnya pada masa yang sama, walaupun mengakui kegagalan, Mahathir masih mahu dasar ini diteruskan," tambah Saifuddin lagi.       
Antara yang menjadi tumpuan dalam DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dan yang kedua, mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia dan menghapuskan ekonomi berasaskan warna kulit. 
Namun ironinya kata Saifuddin, keadaan itu semakin menekan kini apabila yang miskin terus miskin dan isu senstiviti kaum malah agama semakin meruncing saat ini.

0 Komen pengunjong :