Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rais baru sembuh dari ‘demam panas’

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sudah sembuh dari ‘demam panas’ dengan memberi kenyataan yang menafikan dakwaan terlibat dalam satu kes pada 2007 lalu.
Katanya, sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang membelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Rais yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat  dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya  tindak tanduk tidak beradab Pakatan  Rakyat  termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.
Malah, katanya, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
“Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang  didakwanya memfitnah beliau ke muka pengadilan,” kata Khalil kepada Harakahdaily.
Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat apabila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan.
Tambahnya, atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak.
“Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro Umno kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut.
“Malah saya meneliti banyak dari blogger Umno yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam isu tersebut,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, lebih baik Najib menasihatkan Rais agar duduk diam dahulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya, nanti busuknya akan merebak sehingga ke Dun Tenang.
Khalil menambah, dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa.

-/ Harakahdaily

0 Komen pengunjong :