Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden NUJ dikenakan siasatan dalaman

azlanKelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media.

Menurut Hata (kanan), berdasarkan surat daripada bahagian sumber manusia Utusan bertarikah 23 Disember, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari.

"Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," kata wartawan kanan di akhbar milik Umno itu.

Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Dua surat tunjuk sebab
Hata juga dilapor diminta meletakkan jawatan di Utusan jika tidak selari dengan perjuangan akhbar tersebut "untuk menyedarkan orang Melayu".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Hata turut mendedahkan, belum sampai sebulan dipilih menjadi presiden baru kesatuan itu pada awal September lalu, beliau telah menerima surat tunjuk sebab pertama daripada Utusan.

"Ia ekoran kenyataan pertama saya selepas menjadi presiden," katanya sambil memberitahu menerima sepucuk lagi surat tunjuk sebab pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, Hata berkata, dalam surat tunjuk sebab itu, beliau turut didakwa mendedahkan rahsia syarikat - perkara yang didakwa tidak dihadapinya dalam siasatan dalaman yang akan berlangsung.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan kerjasama dalam siasatan dalaman itu, Hata menjawab ringkas:

"Saya pergilah (sesi tersebut), tak ada masalah."

Hata - pemimpin kesatuan yang dianggotai kira-kira 1,300 wartawan - juga berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan terhadapnya itu kerana "perkara itu sudah dijangkakan".

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-/ Malaysiakini

0 Komen pengunjong :