Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lim Kit Siang - Utusan Musuh Nombor Satu Konsep 1Malaysia



KUALA LUMPUR 10 JAN: Sejak merdeka 53 tahun lalu rakyat di negara ini tidak pernah berpecah sebegini teruk melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tambah Lim, semua perkara ini berpunca dari laporan Utusan Malaysia yang setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melainkan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

0 Komen pengunjong :