Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy Undur Kerana Gagal Laksana Agenda Perubahan





Gagal laksana agenda perubahan dan tiada ruang bagi kelompok muda menjadi faktor utama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin enggan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang, kata Badrul Hisham Shaharin.

Dihubungi Tv Selangor, beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata krisis dalaman Umno antara kelompok muda dan tua yang tidak kesudahan turut menjadi sebab mengapa Khairy merehatkan diri daripada politik.

"Persoalan siapa bertanding di Rembau, sama ada Khairy ada atau tidak, ia tidak menjejaskan tumpuan dalam memperkasakan  jentera parti atau pun program kemasyarakatan.

"Apa yang berlaku adalah krisis dalaman Umno yang tidak kesudahan kerana ia melibatkan kekuasaan dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang menjadi Ketua Umno Bahagian Rembau turut ada masalah serius dengan Ketua Pemudanya itu," katanya.

Tambahnya, ini membuktikan bahawa umno itu sendiri mempunyai krisis yang teruk dengan kelompok muda dalam parti itu dimana mereka tidak diberi ruang sempurna di mana ia diwakili oleh Khairy.

"Kelompok tua atau pemimpin lama dalam Umno mengawal sepenuhnya parti itu sehingga tiada ruang untuk kelompok muda," ujar beliau

Ujar Badrul, apabila Khairy dengan semangat idealismanya mencuba banyak ruang untuk membuat perubahan tetapi ternyata Umno parti tradisional tua yang tidak mampu diubah sebaliknya Khairy pula semakin dipinggirkan.

"Saya rasa ini merupakan perkembangan yang tidak sihat bagi Umno di kala PRU semakin hampir manakala kelompok muda parti itu tidak diberikan ruang yang sempurna.

"Saya merakamkan simpati dengan Khairy di mana macam mana lajunya beliau masuk ke dalam politik seperti bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri dan beliau nampaknya mengalami nasib yang sama," kata Badrul yang turut dikenali dengan panggilan Chegubard.

0 Komen pengunjong :