Hari ini Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan rasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Majistret Shah Alam, mengumumkan semalam kes kematian mengejut Mendiang Beng Hock setelah dua tahun dimana mendiang ditemui mati secara misteri ketika disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
"Saya dukacita dengan keputusan mahkamah yang tersiar pada hari semalam yang mana keputusan kes ini adalah penilaian terbuka yang membawa maksud ianya tidak boleh dikatakan Beng Hock dibunuh atau membunuh diri, habis begitu sahaja.
"Kesimpulan yang mudah bagi kita ialah, 'our country, is really need to change' dan kita punya cogan kata dalam Kovensyen Pakatan Rakyat tempoh hari 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia," jelasnya
Menurut Khalid yang ditemui Tv Selangor pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, keputusan ini jelas menunjukkan kerajaan gagal dalam memberi keadilan kepada keluarga mendiang yang mengharapkan kes ini ditutup dengan satu keputusan yang baik.
"Saya rasa dalam konteks ini, kerajaan telah gagal memenuhi keperluan dan kehendak keluarga Beng Hock yang mengharapkan kes ini ditutup dengan cara yang baik," tambahnya.
Khalid juga berkata keputusan ini memberi kesan mendalam kepada keluarga Beng Hock setelah sekian lama berjuang menuntut keadilan dan pihaknya menyokong tindakkan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menuntut keadilan terhadap Kes Teoh Beng Hock ini.
"Ia juga merupakan satu keadaan yang pasti mengayat hati kepada keluarga mendiang kerana menunggu bertahun-tahun menuntut keadilan bagi kes mereka.
"Saya menyokong diadakan Suruhanjaya Diraja menuntut keadilan kes Teoh Beng Hock ini untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku," jelasnya.
Semalam, Koroner Mahkamah Majistret Shah Alam, Azmil Muntapha Abas mengumumkan kes kematian mengejut yang melibatkan bekas pembantu Exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu sebagai penghakiman terbuka.
Selain itu, Azmil turut mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian leher mendiang Teoh Beng Hock ketika beliau ditemui mati di Pejabat SPRM, Shah Alam 16 Julai 2009.
-/ TVSelangor
0 Komen pengunjong :