Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Banjir Di Rantau Panjang Bertambah Buruk, 494 Dipindah Pagi Ini



RANTAU PANJANG  2 JAN : Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di pekan ini meningkat kepada 494 orang pagi ini berbanding 280 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Stesen Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Cina Rantau Panjang untuk menampung peningkatan mangsa banjir berkenaan.
Kesemua 494 mangsa daripada 130 keluarga itu dipindahkan secara berperingkat dari malam semalam sehingga pagi ini, katanya hari ini.
Beliau berkata paras air Sungai Golok ialah 10.13 meter iaitu melebihi paras bahaya 9 meter manakala paras air di tujuh lagi sungai utama adalah normal.
Jurucakap itu berkata laluan di Km 10, Jalan pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan Km11 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu turut dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan.
Tinjauan Bernama di pekan ini mendapati penduduk mulai sibuk membuat persiapan untuk berpindah dan beberapa keluarga yang tinggal berhampiran sungai telah mengambil langkah awal dengan berpindah ke rumah saudara mara.

2 comments :

  1. Salam Yob, semoga banjir kali ni tak membawa musibah. Diharap mangsa bersabor dengan dugaan ni. Meh baca perkembangan "Mavi Marmara" kat blog Akak arini.

    ReplyDelete
  2. @MOH KEMBARA.....alhamdulillah setakat ini tidak ada apa-apa yang buruk berlaku dikawasan kami.

    ReplyDelete