Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SUK Yang Dipilih Harus Mampu Bekerjasama





SHAH ALAM 31 DIS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.
Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.
Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.
Dalam pada itu , Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menuntut keadilan dalam pemerintahan memohon pekenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempertimbangkan calon pilihan kerajaan itu untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Ramli.
Sehubungan itu, satu majlis khas solat hajat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi memohon agar kesejahteraan negeri Selangor.
Dalam ucapan ringkasnya, Khalid berkata setiausaha yang dipilih harus mampu bekerjasama secara berpasukan demi memperjuangkan agenda kerajaan PR. 
"Untuk pilih seorang itu, kita perlu ambil kira kemesraan, keinginan dan visi mereka memperjuangkan rakyat," kata beliau.
Justeru jelasnya, kepercayaan oleh rakyat harus diterjemahkan melalui kepimpinan yang mampu mengurus pentadbiran negeri dengan baik.
"Dalam pengurusan kalau tidak ada kerjasama berpasukan, ia susah. Kalau tidak tahu pengurusan maka akan jadi huru hara.
"Kita mahu satu perubahan berlaku di negeri Selangor supaya kepimpinan dapat jalankan kerja dengan telus supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Bercakap dihadapan 200 jemaah yang hadir, Khalid menjelaskan sebuah panel khas telah ditubuhkan bagi memilih calon yang layak menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Panel terdiri daripada Speaker Selangor, Tan Chang Khim, Exco Datuk Dr Hassan Ali dan Dr Xavier Jayakumar telah menyenarai pendekkan tiga calon iaitu Datuk Nordin, Datuk Mazlan dan Datuk Adnan.
Namun menurut beliau calon tersebut ditolak Sultan Selangor atas alasan lambat menghantar nama.
"Saya tidak tahu pula kena berlumba hantar nama," kata beliau disambut gelak tawa jemaah.
Khalid turut mengumumkan perletakan jawatan Datuk Ramli sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa Mac 2011.
Sehubungan itu katanya lagi, Datuk Khusrin Munawi yang dilantik kerajaan pusat tidak termasuk dalam senarai justeru menuntut DYMM Sultan Selangor untuk membantu mewujudkan keadilan di negeri itu.
"Saya ambil masa sebab mahu cari calon yang paling layak. Kita lihat Datuk Khusrin tidak ada dalam calon. Saya berharap tuanku sultan lembutkan hati bantu mencari calon terbaik bagi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," ujar Khalid.
Menurutnya lagi negeri Selangor menjadi tumpuan banyak pihak kerana menyumbangkan hasil ekonomi tertinggi negara.Justeru jelasnya, tidak hairan ada pihak yang mahu menyuntik usaha jahat dalam pentadbiran kerajaan PR di Selangor.
"Pembangunan negeri selangor akan tentukan pembangunan negara. Sebab itu ramai yang mahu "tangkap" Selangor,"
Turut hadir ke majlis Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

0 Komen pengunjong :