Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air

chegubardPETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi aman membantah kenaikan tarif air pada 5 Disember ini.
"SAMM akan bersama MB (Selangor) dalam satu perhimpunan aman dan seterusnya menghadap Yang DiPertuan Agong memohon perkenaan campur tangan Seri Paduka dalam isu hak air rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sudah terlalu kaya sehinggakan gaji Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail menjangkau RM425,000 sebulan.
"Ini belum masuk perbagai elaun keistimewaan yang diperolehinya setiap bulan dengan hanya memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat," katanya.
Beliau berkata, bukan sahaja kenaikan air harus ditolak tetapi pengurusan air hendaklah dikendalikan oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat.
SAMM katanya, sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi memastikan himpunan aman ini berjalan lancar.
"Sekurang-kurangnya 50 petugas (’marsyal demo’) yang berpengalaman akan ditempatkan bagi memastikan kelancaran dan mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak di ingini.

0 Komen pengunjong :