Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Putrajaya Dinasihati Guna Perunding Bebas dan Berwibawa




KUALA LUMPUR 5 DIS : Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor mampu menyelesaikan pertikaian mengenai masa depan industri air negeri ini jika ada sikap keterbukaan untuk memastikan rakyat tidak menanggung beban akibat perancangan yang buruk.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Projek Langat 2 yang ditaja oleh kerajaan pusat untuk menambah bekalan air ke Selangor hanya untuk menampung keperluan sehingga tahun 2025, dan dengan syarat kadar hujan adalah sama sepanjang tempoh itu.

" Saya fikir satu isu yang tidak diambil kira oleh kerajaan Persekutuan ialah perubahan iklim. Saya telah mencadangkan isu ini beberapa tahun dahulu dan juga baru-baru ini di parlimen saya tekankan bahawa perubahan iklim ini merupakan satu isu penting yang perlu ditangani,” kata beliau.

"Sekiranya hujan tidak turun di empangan yang akan dibina, apa mereka akan buat? Jika setelah empangan tersebut dibina di Pahang dan hujan tidak turun, bagaimana hendak mendapatkan air?," tanya beliau lagi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memastikan bekalan air Selangor tidak akan terjejas, lapor The Star.

Pertikaian antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membabitkan pengurusan aset air di Selangor dan perlaksanaan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor termasuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 bernilai hampir RM10 bilion ringgit.

Kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk mengambil alih pengurusan air di Selangor bagi menjamin harga air yang jauh lebih rendah daripada apa yang di tawarkan oleh  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Putrajaya bagaimanapun tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk mengambil alih asset syarikat konsessi berkenaan. Rundingan telah berjalan lebih dua tahun.

Pada masa sama, kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana Selangor mencukupi bekalan air sehingga 2019.

Kerajaan negeri sedang menumpukan usaha untuk menerokai sumber air yang lebih menjimatkan duit rakyat.

Ini kerana kerajaan negeri tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan harga air mahal akibat pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada syarikat kroni Umno-BN.

Mengulas kenyataan Sultan Sharafuddin itu, Charles bersetuju teguran baginda harus diambil kira oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Kalau kita baca dengan teliti apa yang disuarakan oleh Tuanku, sebenarnya Baginda berkata kedua-dua pihak termasuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor, mesti bersepakat dalam hal ini," jelas beliau.

Beliau menyarankan Putrajaya supaya menggunakan badan perunding bebas dan tanpa kepentingan untuk mengkaji bekalan dan keperluan air di Selangor dan tidak berpandukan kepada rumusan oleh syarikat-syarikat yang mengharapkan kontrak kerajaan.

Kerajaan Persekutuan membuat keputusan berasaskan "kajian oleh dua pemain industri air, iaitu Ranhill Corporation dengan Sendi Mahir Sdn Bhd (yang mempunyai kepentingan masing-masing),” menurut Charles.

“Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah membuat kajian yang telus dengan menggunakan firma yang bebas dan tidak ada kepentingan dalam industri air," kata beliau lagi.

0 Komen pengunjong :