Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Ucap Syabas Keberanian Rakyat




KUALA LUMPUR 6 DIS : Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saf kepimpinan negeri dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana berjaya menyampaikan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Mengulas kemenangan hasrat rakyat semalam, Anwar berkata Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mempertahan dan melindungi rakyat Selangor dari kenaikan tarif air yang menekan dan melampaui batas.
"Dengan terserahnya memorandum ini ke peringkat yang tertinggi, maka kerajaan pusat tidak boleh mengambil sikap tidak endah," tegas Anwar.
Semalam, sekurang-kurangnya 15,000 rakyat berpakaian serba merah mengiringi memorandum ini. Perarakan ini berhadapan dengan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan, yang mengangkat senjata dan meleraikan perarakan ini dengan kekerasan.
Kira-kira 48 dewasa ditahan semalam. Di Parlimen hari ini, Pakatan Rakyat mengecam keganasan pihak berkuasa.
"Polis menggunakan kekerasan dengan sewenang-wenangnya, menghalang perarakan aman semalam," tegas Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad. Turut bersama beliau adalah Ahli Parlimen Charles Santiago dan wakil badan bukan kerajaan, EMPOWER, Dr Mariah Chin.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas keras operasi polis itu dan mengingatkan kerajaan pusat akan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, berhubung perhimpunan aman rakyat.
"Suhakam menyatakan dengan jelas bahawa rakyat, berhak untuk berhimpun secara aman, selaras dengan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas wakil Suaram.

0 Komen pengunjong :