KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pilihan raya umum (PRU) lebih awal.
"Saya cabar Najib tunjukkan demokrasi dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersihkan senarai pemilih dan biar rakyat yangmenentukannya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut Anwar, walaupun Perdana Menteri mengumumkan mesyuarat Umno ditangguhkan sehingga 18 bulan, ketua umum PKR itu menjangkakan PRU akan diadakan lebih cepat.
"Dengan pemilihan Umno ditangguhkan, saya yakin Najib akan memanggil PRU lebih awal," katanya.
Semalam, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib mengumumkan mesyuarat Umno di semua peringkat ditangguhkan sehingga 18 bulan.
Memperkukuh perpaduan Umno
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno menangguh pemilihan parti bukan kerana untuk memberi fokus kepada PRU tetapi sebaliknya semata-mata untuk memperkukuh perpaduan Umno.
"Kerana kalau ada pemilihan, ada orang yang berkempen, ada ahli parti yang nak bertanding dan ini boleh beri kesan kepada parti (Umno).
"Kalau ada pemilihan (Umno) macam-macam boleh berlaku. Kita akan adakan pada masa yang sesuai, mungkin bulan Oktober atau November (tahun depan).
"Biasanya (pemilihan Umno) diadakan selepas pilihan raya selesai. Saya tidak kata penangguhan ini kerana untuk menghadapi pilihanraya. Kalau awak kata untuk pilihan raya, itu persepsi awak," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat ke 66 Majlis Tanah Negara di bangunan Parlimen hari ini.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, penangguhan mesyuarat Umno bukan perkara baru tetapi sudah tiga kali.
"Kita hendak fokus kepada parti iaitu memperkuatkan parti dan ahli jangan fikir mengenai jawatan," tambahnya.
Muhyiddin berkata, beliau dan Najib akan meneruskan program turun padang menemui rakyat tahun depan dan mereka sedang menyusun program untuk melawat kawasan-kawasan.
Salam, PM tunggu ilham dari langit. Dengor kabor tahun depan PRU.
ReplyDelete@MOH KEMBARA..... Mudah2an PRU kali ini memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat
ReplyDelete