Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Angkat Ketuanan Rakyat, Humban "Ketuanan Melayu"

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) menyeru seluruh rakyat Selangor kalangan generasi muda dan setiap golongan untuk turun mengiringi Menteri Besar Selangor bagi menghantar memorandum air kepada Yang DiPertuan Agong pada 5 Disember ini ke Istana Negara.
AMK Selangor mengajak semua rakyat bangkit menyatakan pendirian mengangkat ketuanan rakyat marhaen, ketuanan petani pesawah dan peladang, ketuanan pemandu teksi, ketuanan pekerja awam dan swasta, ketuanan peneroka kota dan desa dan menghumban agenda "Ketuanan Melayu" yang dipergunakan segelintir elit dan korporat untuk mengaut kekayaan demi kepentingan diri sendiri.  Ketuanan ini lebih mulia daripada agenda "ketuanan Melayu" yang kini gagal memartabatkan bangsa Melayu malahan mengkhianati Melayu dan rakyat Malaysia.

AMK Selangor yakin inilah masanya untuk rakyat Selangor menyatakan pendirian tegas agar hak milik air dikembalikan semula kepada rakyat agar harganya stabil di samping menikmati kemudahan yang lebih baik.  Dasar penswastaan air jelas hanya memberikan keuntungan kepada segelintir korporat sedangkan hak asasi rakyat untuk menikmati kemudahan air pada harga yang stabil dan munasabah terabai.

AMK Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa isu air ini perlu diselesaikan segera tatkala kerajaan persekutuan berdolak dalik melindungi dasar penswastaan jelas merugikan rakyat.
Inilah saat penting seluruh rakyat Selangor bangkit menyatakan hak bahawa rakyat adalah tuan dan menjadi "hamba" kepada segelintir pemimpin dan korporat yang berselindung di sebalik agenda "ketuanan Melayu".  AMK gesa agar mobilasi kekuatan ini dizahirkan dengan turun bersama-sama mengiringi Menteri Besar Selangor ke Istana Negara sebagai titik tolak perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat agar pengurusan air dikembalikan semula kepada rakyat.
Ayuh kita gerakkan rakyat pada 5 Disember ini dan bersama ribuan rakyat berkumpul di Masjid Negara samada menggunakan kenderaan awam, sewa atau persendirian.  Detik itu kita nobat jadikan saat Ketuanan Rakyat adalah sejarah penggerak kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.
*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia.

0 Komen pengunjong :