Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PERMASIS akan sertai MB Selangor hantar Memorandum

Sejak dasar penswastaan air diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1997, ia jelas sekali dilihat membebankan rakyat di negeri ini.  Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan.
Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali.  Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan.
Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37%.  Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Ahad ini (5 Disember 2010).  Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut  di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana.

*Kenyataan media oleh Izzuddin Helmi (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS).

0 Komen pengunjong :