Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sebelum Pilihan Raya Umno-BN Tunjuk Semangat Muhibbah, Lepas Menang Tukar Jadi Rasis

lks2


KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap hipokrit pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan bersifat inklusif dalam semangat 1Malaysia semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi berubah kepada semangat perkauman dan rasis setelah mencapai kejayaan di peti undi.

Kata beliau ini jelas dilihat dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, kedua-duanya pada 4 November lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Cinba bahawa tanpa sokongan kaum Cina, matlamat Visi 2020 mungkin tidak tercapai.

"Namun kurang seminggu daripada kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi kita melihat pelbagai kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan terhadap kaum Cina dan India.

"Pada 9 November Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina kaum Cina dan India apabila beliau berkata kurangnya bilangan anggota tentera dari kalangan kedua-dua kaum tersebut adalah disebabkan kurangnya semangat patriotisme," tegas Kit
Siang dalam kenyataannya.

Keesokan harinya pula akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang menganggap rusuhan kaum 13 Mei sebagai hari yang mulia dan ia sepatutnya di sambut oleh rakyat Malaysia.

Kit Siang kesal soalan tambahan beliau kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung tindakan akhbar tersebut mengagungkan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Oleh kerana Utusan Malaysia adalah lidah Umno, artikel tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia memberi tamparan kepada dasar 1Malaysia Najib.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengharapkan konsep dan dasar 1Malaysia mempunyai keredibiliti sekiranya terdapat banyak percanggahan yang bersifat Jekyll-Hyde?" soal beliau.

0 Komen pengunjong :