Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis Didakwa Berpihak Kepada Pemuda Umno Kacau Forum ISA

suaram1KUALA LUMPUR 25 Nov - Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas sikap Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk Wira Ayub Yaakob yang didakwa gagal melindungi hak rakyat untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.

Merujuk kepada kekacauan yang dilakukan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pemuda Umno Pulau Pinang ke atas forum ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang Ahad lalu, Suaram berkata di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan setiap rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka.

"Kenyataan beliau bahawa forum tersebut tidak mempunyai permit hanya mendedahkan kegagalannya untuk mengawal keadaan. Kami ingin menyeru beliau supaya mengambil sikap tidak berpihak dan tidak menunjukkan sokongan kepada kumpulan pro-ISA. Dalam masyarakat demokratik setiap warganegara harus diberi peluang membincangkan apa-apa isu secara sivil dan berhemah.

"Suaram berpendapat ISA adalah akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan ini merupan pelanggaran serius hak asasi manusia dan seharusnya ia dimansuhkan," kata Koordinator Suaram E Nalini dalam satu kenyataan.

Badan itu mengecam tindakan ganas anggota Pemuda Umno terbabit yang telah menampar salah moderator forum tersebut serta mengkritik kelesuan pihak polis mengawal keselamatan dan keadaan.

0 Komen pengunjong :