Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis Didakwa Tonton Pemuda Umno Pukul Peserta Forum Anti-ISA

anti_ISA1KUALA LUMPUR 25 Nov - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Pulau Pinang membidas tindakan berpeluk tubuh pihak polis yang membiarkan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pemnuda Umno Pulai Pinang memukul dan bertindak kasar ke atas peserta forum mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Komtar Ahad lalu.

GMIPP berkata dalam satu kenyataan pihak polis sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan kepentingan awam dan keselamatan rakyat daripada tindakan ganas Pemuda Umno dan bukannya menyalahkan pihak penganjur tidak memohon permit.

"Polis sepatutnya menangkap orang yang membuat kacau apabila mendapat aduan tetapi polis pula menonton dan membenar orang yang membuat kacau teruskan.

"Datuk Wira Ayub Yaakob (Ketua Polis Pulau Pinang) mengatakan polis telah mengawal keadaan dengan baik. Realitinya pihak polis tidak menghalang penganjur daripada terus dipukul dan ditolak orang Pemuda Umno.

"Kalau polis berasa rakyat ditolak dan dipukul masih dikira dalam kawalan yang baik, pihak polis patut menilai semula KPI PRDM. Kami harap ini tidak akan lagi berterusan dan mengembangkan budaya samseng. Kami berharap pihak polis mereka yang mengganas ke mahkamah," kata aktivis GMIPP Ong Jing Cheng.

Beliau berkata matlamat program tersebut adalah untuk rakyat membincangkan ISA kami menghormat disaming mnghormati pandangan yang berbeza daripada pihak pro ISA yang dipertahan oleh Pemuda Umno.

Melalui forum bertajuk 'ISA alat politik untuk penindasan' dan 'Bagaimana agama melihat ISA', rakyat didedahkan bahawa ISA adalah sambungan semangat Darurat yang diisytihar oleh penjajah Inggerius untuk menyerang rakyat yang memperjuangkan hak mereka.

"ISA terus digunakan untuk menjaga kepentingan golongan pemerintah dan menindas rakyat yang ingin berjuang.

"Kami membantah ISA sepenuh-penuhnya dan kami juga tidak setuju ISA digunakan untuk menangkap orang yang membuat kacau. Ini kerana undang-undang sediada mencukupi menangani kesalahan mereka. Hak untuk dibicarakan juga tidak harus dirampas. Ahli agama Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha juga memandang ISA bercanggah dengan ajaran agama yang menegakkan keadilan," kata Jing Cheng.

0 Komen pengunjong :