
Penyelewengan yang dimaksudkan antaranya, tindakan PKNS menaja majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor secara mewah dan penstrukturan staf dalaman yang dikaitkan dengan kronisme.
“PAS Selangor mendesak supaya pihak-pihak yang berwajib terutama Menteri Besar Selangor segera mengkaji dan mendapatkan maklumat tentang kesahihan dakwaan tersebut,” ujar Che Rosli di lobi DUN Selangor hari ini.
Menurut Che Rosli, pentadbiran Khalid wajar mengambil tindakan drastik memandangkan pendedahan Saari adalah berasas demi membebaskan PKNS dari gejala negatif.
Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif susulan, Che Rosli berkata, ia akan memburukkan imej dan kredibiliti PKNS yang juga merupakan agensi utama pada pembangunan negeri.
PAS turut menuntut exco kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKNS supaya membawa pendirian PAS negeri ke mesyuarat lembaga perbadanan tersebut yang dijangka selepas minggu depan.
*

0 Komen pengunjong :