Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj Pakatan

SHAH ALAM, 10 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.
“PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor),” kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Khalid (gambar) yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS memberitahu, jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan PKNS menaja Jamuan Makan Malam Angkasawan sempena majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor  di Pusat Konvensyen SACC.
Jawatankuasa audit itu turut akan menyiasat anasir kronisme apabila sekumpulan pegawai kontrak di bawah anak syarikat PKNS Holdings diberi gaji lumayan berbanding  pegawai-pegawai tetap.
Khalid berkata, jawatankuasa audit itu turut akan memberi perhatian pada beberapa memorandum, termasuk daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosi Che Mat.
“Oleh kerana banyak sangat memorandum itu semua, saya suruh (jawatankuasa) audit berfungsi sekarang, sekarang dia mula menjalankan (siasatan ke atas) kenyataan-kenyataan itu, saya menyuruh dia (jawatankuasa audit) mendengar kedua-dua pihak,” jelas Khalid.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes PKNS akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).
“Dalam masa yang singkat, saya beri dia (jawatankuasa audit) masa selama dua minggu untuk buat keputusan,” katanya.
“Jika kita mendapati perlu (merujuk pada Selcat) kita buat, kalau kita dapati tak perlu, tak payah, kita akan buat semua ini apabila kita mendapat keputusan (siasatan) dari jawatankuasa audit profesional kita,” kata Khalid.
Seorang lagi ahli lembaga pengarah PKNS, Iskandar Abdul Samad pula selain sependapat dengan Khalid, beliau turut menafikan dakwaan umum kononnya tindakan Saari itu adalah sabotaj PAS negeri.
“Saya rasa kalau wujud unsur sabotaj, kalau mereka (pemberi maklumat) nak jatuhkan kerajaan, mereka tidak memberi kepada YB Saari, mereka akan beri pada (Datuk Seri) Dr Mohd Khir Toyo, Ketua Pembangkang.
“Dunia tanpa sempadan, sesiapa pun boleh buat semua ini, saya rasa mereka buat (dedah) semua ini untuk kebaikan PKNS,” jelas Iskandar yang juga Exco Kerajaan Selangor.
Yang Dipertua PAS kawasan Pandan ini mempertahankan tindakan PAS Selangor membuat desakan terbuka ke atas pentadbiran Khalid supaya menyiasat kes tersebut.
“Memang tindakan yang wajar, sesiapa yang melakukan kesalahan maka perlu dihukum,” tegas Iskandar.
Semalam, Saari ketika sesi perbahasan Bajet 2011 mendedahkan beberapa pegawai kontrak dibayar gaji lumayan sekitar RM10,000 hingga RM24,000.
Shaari turut membangkitkan soal kos sewa, kos perpindahan, kos ubah suai pejabat korporat PKNS yang melebihi RM15,785,552.
Malah Saari turut mempersoal kaedah pelantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.
Khalid dijangka akan memberi penjelasan khusus berhubung skandal di PKNS pada sesi penggulungan Bajet 2011 esok.

*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :