Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB Selangor nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000


SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini. Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.
Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut.
“Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000,” kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
“Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000),” kata beliau.
Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.
Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.
“Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.
“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk  membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan,” katanya.
Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu.
Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.
Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

0 Komen pengunjong :