Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kewangan Selangor: Umno Tidak Layak Cakap - Faekah

SHAH ALAM 15 NOV:  Umno tidak layak bercakap cara pengurusan kewangan, kebertanggungjawaban dan pembaziran dalam Yayasan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih Yayasan Selangor dari kerajaan terdahulu yang tidak diaudit sejak 2005. Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan selepas Khalid mengarahkan kewangan yayasan tersebut diaudit dan dikemas kini. Kalau hendak cakap mengenai cara mengurus kewangan, Umno tidak layak bercakap mengenainya kerana yayasan tidak di audit sejak 2005. Tidak tahu ke mana keluar masuk duit yayasan. Kami dapati belanja lebih banyak dari yang masuk.

“Apabila Tan Sri masuk Selangor, barulah diaudit dan dapat diselesaikan dan tahun ini baru berjaya mengaudit dari tahun 2005 sehingga 2009 tetapi tahun 2010 berakhir lagi untuk diaudit. Kita kena bersihkan segala saki baki Umno,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Khalid tidak tahu mentadbir dan mengurus yayasan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan matlamat sebenar Noh Omar mengatakan Abdul Khalid biadab kerana menggunakan perkataan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kalau beliau berniat hendak memberikan teguran membina, kami menerima teguran itu dengan baik.

Tetapi dalam keadaan sekarang, beliau dilihat seperti menangguk di air keruh, seolah-olah cuba mewujudkan ketegangan di antara Kerajaan Selangor dengan istana,” katanya.

Noh semalam menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab apabila menggunakan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataannya di sebuah televisyen swasta, malam kelmarin.

0 Komen pengunjong :