Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes Fitnah 2 Anwar : Perbicaraan Ditangguh Kepada 6 Dis


KUALA LUMPUR 26 NOV : Hakim Zabidin Mohd Diah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan kes konspirasi liwat ke-2 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Disember akan datang bagi memberi peluang beliau menilai permohonan menarik diri setelah mendengar hujah pendakwaraya hari ini.

"Saya akan teliti semula dan beri keputusan pada 6 Disember pada hari perbicaraan disambung," katanya.

Pendakwaraya yang diwakili peguam Hanafiah Zakaria dalam hujahnya menegaskan tiada unsur mengugut oleh hakim Zabidin seperti yang didakwa kerana hakim hanya menterjemah undang-undang dari sudut pandangan beliau.

Hanafiah turut menyifatkan alasan peguambela tidak konsisten justeru kata beliau pihak pembelaan hanya berhasrat menangguhkan perbicaraan.

"Tiada siapa boleh mengatakan hakim bersikap berat sebelah. Untuk melucutkan hakim mesti ada alasan kukuh. Tuduhan mengugut tidak munasabah," katanya di dalam mahkamah.

Peguambela yang diwakili peguam Param Cumarasawmy ingin membalas hujah namun ditolak hakim selain menyuruh beliau menfailkan ke mahkamah pada hari Selasa minggu hadapan.

Anwar yang ditemui media di perkarangan mahkamah walaubagaimanapun enggan mengulas keputusan hakim.

Kes kospirasi liwat ke-2 Datuk Seri Anwar ditangguh pada 6 Disember nanti.

0 Komen pengunjong :