Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keputusan Batu Sapi dan Galas Bukan Ukuran Sebenar : Zuraidah




SHAH ALAM 6 NOV: Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil lepas tidak bererti  sokongan  kepada Pakatan Rakyat dan PKR khususnya telah berkurangan pada tahap yang mencemaskan ujar Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata kekalahan ini tidak menjadi sesuatu yang akan menjatuhkan semangat PKR malah akan membakar lagi semangat dan motivasi agar lebih bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
"Memang lumrah pilihanraya kecil, parti pembangkang tidak semestinya boleh menang, maka ini bukan masalah," kata beliau lagi kepada TV Selangor.
Beliau yang baru sahaja kembali dari Batu Sapi menjelaskan kekalahan PKR di Batu Sapi dengan majoriti besar sememangnya dijangkakan dan jangkaan awal yang menyatakan kekalahan PKR berkisar dalam 600 ke 700 undi adalah untuk memberikan semangat tetapi hakikatnya lain dan itu tidak langsung menjadi masalah.
"Kemenangan BN dengan majoriti dalam linkungan enam ribu adalah perkara biasa tetapi untuk mendapat kira-kira 3500 undi merupakan satu perkara yang luarbiasa, apatah lagi di Batu Sapi yang mana majoriti pengundi adalah miskin.
"Kita tahulah bagaimana rakyat miskin ini diberi sogokan dan janji-janji agar memberikan mereka harapan untuk terus mengundi untuk Barisan Nasional (BN)," jelas beliau lagi.
Beliau seterusnya menyatakan semangat PKR bukanlah dalam kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya tetapi dalam membawa satu perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Batu sapi agar tidak takut dengan pembangkang.
"Ini adalah langkah pertama di Batu Sapi dan kita dapat melihat para pengundi di kawasan miskin kini berani untuk mengundi untuk PKR dan ini menjadi satu tanda serta menberi semangat baru kepada rakyat saban dalam PRU-13 untuk terus mengundi PKR dan membawa kemenangan di Sabah," kata beliau.

0 Komen pengunjong :